Cari Rezeki Jual Teh Ais, ‘Spiderman Perlis’ Akui Pernah Disengat Labah-Labah

Boleh dikatakan ramai yang terjejas pendapatan susulan penularan wabak COVID-19 sehinggakan ada yang dibuang kerja dan terpaksa mencari pekerjaan lain atau berniaga secara kecil-kecilan untuk menampun hidup.

Tidak terkecuali seorang bapa berusia dalam lingkungan 40-an ini cuba mencari kelainan sanggup memakai kostum ‘Spiderman’ untuk menjual teh ais.

Merahsiakan identitinya dan hanya ingin dikenali sebagai ‘Spiderman Perlis’ lelaki ini berkata dia mengambil keputusan menjual teh ais bagi menampung kehidupanya sekeluarga.

Pada awalnya tidak mampu untuk memulakan perniagaan sendiri, namun lelaki itu bertuah kerana majikannya sanggup meminjamkan sedikit wang terlebih dahulu.

“Ramai yang terkesan akibat COVID-19 termasuk saya, namun saya bernasib baik mempunyai majikan sanggup pinjamkan sedikit wang, bagi memulakan perniagaan. Kalau harap duit sendiri saya menang tidak mampu,” katanya.

Kostum yang dipakai berjaya menarik perhatian ramai dan menerima sambutan mengalakan apabila ramai mengambil peluang berswafoto, lelaki ini berkata ada cerita disebalik mengapa dia memilih watak Spiderman.

“Saya pilih watak spiderman kerana dahulu masa kecil pernah disengat oleh labah-labah,” katanya.

Dalam pada itu, lelaki itu berkata mempunyai alasan sendiri untuk merahsiakan identitinya daripada pengetahuan orang ramai.

“Lebih baik orang ramai kenali saya sebagai ‘Spiderman Perlis’ kerana ia lebih dekat hati peminat ‘Avengers’ (kumpulan adiwira yang dianggotai Spiderman),” katanya.

SUMBER: Bernama