Catat 1,067 Kes Hari Ini, Kerajaan Setuju Kilang Top Glove Ditutup

Sejak beberapa hari lalu, gelombang ketiga pandemik Covid-19 di beberapa negeri mencatatkan kes yang agak membimbangkan terutama di Selangor, Sabah dan Negeri Sembilan.

Semalam sahaja, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 603 kes positif. Ia melibatkan kes dalam kalangan pekerja kilang TopGlove di Klang.

Namun, menerusi perkongsian terbaru oleh seorang wartawan, Mohd Redzuan Abdul memaklumkan di Twitternya sebentar tadi, sebanyak 1,067 kes positif dicatatkan hari ini dalam kalangan pekerja kilang tersebut.

Susulan peningkatan kes itu, pihak kerajaan bersetuju untuk menutup 28 kilang Top Glove di Klang secara berperingkat untuk menjalankan ujian saringan dan kuarantin.

Perkara itu turut dimaklumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media sebentar tadi.

Sebelum ini, asrama kilang pembuatan sarung tangan terbesar di Malaysia telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketat (PKPD) sehingga 30 November selepas beberapa orang pekerja positif Covid-19.

SUMBER: Twitter