Celup Kuah Ayam Percik Dalam Tong Hitam, Ramai Tak Sanggup Tonton Video Ini

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, apa yang paling dinantikan sudah pastinya untuk berkunjung ke bazar Ramadan. Memang rambang mata setiap kali ke bazar melihat menu-menu yang dijual.

Bukan itu saja, di bulan puasa ini juga ramai yang memilih untuk berniaga makanan untuk mencari rezeki tambahan. 

Bagaimanapun, baru-baru ini tular video di kongsikan di Instagram memaparkan peniaga ayam percik meletakkan sos ayam percik di dalam tong sampah sahaja menjadi perhatian ramai.

Menerusi video itu, peniaga tersebut dilihat mencelupkan ayam ke dalam tong sampah yang berisi kuah percik sebelum membakar ayam tersebut.

Meskipun tong sampah itu diandaikan bersih namun netizen berpendapat ianya kurang sesuai untuk diletakkan makanan memandangkan ianya sinonim untuk sampah.

Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan mereka kembang tekak apatah lagi sos tersebut diletakkan diatas jalan tanpa alas serta ada yang mengatakan penggunakan tong sampah itu tidak selamat disebabkan bahan kimia.