Chef Ammar Geram Orang Kata Makanannya Mahal, Akhirnya Dedah Bahan Yang Digunakan

Tidak dinafikan pada bulan Ramadan kali ini ramai pembeli mengadu harga makanan yang dijual di bazar Ramadan agak mahal dan tidak masuk akal.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan ianya disebabkan harga barang yang turut naik sehingga peniaga terpaksa menaikkan harga makanan.

Saban tahun setiap kali bulan Ramadan pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan nasi arab lamb shank oleh Chef Ammar. Jangan terkejut jika melihat ada yang mula beratur seawal jam 4 petang untuk mendapatkan nasi arab tersebut.

Namun, baru-baru ini timbul cerita tak sedap didengar apabila ada yang menuduh Chef Ammar menjual makanannya dengan harga yang mahal.

Kecewa dengan tuduhan tersebut, menerusi sesi live di TikTok Chef Ammar tampil menjelaskan mengenai perkara itu serta mendedahkan bahan yang digunakan adalah premium dan berkualiti tinggi.

Turut menunjukkan tempat penyediaan memasaknya yang bersih, Chef Ammar juga memberitahu dia sangat memetingkan kebersihan.

Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan penjelasan Chef Ammar itu. Malah, ada yang mengatakan mereka yang complain mahal sebenarnya bukannya membeli pun.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan tidak kisah untuk bayar mahal lebih-lebih lagi jika makanan tersebut sedap dan berbaloi daripada makanan yang murah tetapi tidak sedap dan sedikit sahaja.

SUMBER: TiKTok