Sebut saja Cik Epal, pasti ramai mengenali selebriti media sosial itu. Baru-baru ini, Cik Epal bercuti bersama keluarganya ke beberapa negara Eropah hampir sebulan.
Selama 22 hari bercuti ke Eropah dan menginap di hotel mewah di sana, pasti ramai tertanya-tanya berapa agaknya kos percutian Cik Epal sekeluarga.
Menerusi Instagram, Cik Epal mendedahkan kos percutiannya lebih RM150,000 termasuk tiket penerbangan, penginapan dan makan sepanjang berada di sana.
Kata Cik Epal lagi, baginya RM150,000 yang dibelanjakannya sangat berbaloi kerana dia dapat melihat sendiri keindahan Santorini dan merupakan tempat yang paling dia ingin pergi.
Tiket flight business class RM40,000
Belum campur lagi tiket domestic flight ke Santorini dan Athens. Tiket kena beli baru sebab tiket awal pergi Santorini dah burn sebab Santorini tak terima passport dari Malaysia(ni aku dah cerita before ni). So 2 kali lah beli tiket domestic ni. Kos tiket domestic jadi double. Kos hotel 3 hari awal ke Santorini pon burn.
Kos makan
Sekali makan RM500 dalam tangan.Sehari makan 2 kali. Boleh kata untuk makan saja habis RM1000 sehari lebih kurang.
-Beli luggage (tak plan) untuk shopping baju winter coat ke Italy yang tak plan juga. Ni makan ribu riban juga lah
-Hotel selalu bertukar sebab nak rasa view dan bilik lain-lain. Hotel paling mahal masa dekat Santorini RM3500 per night.
Travel selama 22 hari.Total cost termasuk tiket flight business class,makan, shopping baju dan luggage, private yacht, hotel di Milan-Santorini-Athens, naik cab, transport ke airport, PCR test untuk satu family,aktiviti2 masa travel and etc: TOTAL COST RM150,000
Kalau naik economy, duduk hotel bawah RM1000,makanan bawak dari Malaysia, pergi dalam seminggu. Boleh je dapat kos harga travel ke Santorini bawah RM10k seorang kot.
SUMBER: Instagram Cik Epal