Cik Epal & Suami Selamba Hidang Daging Wagyu Untuk Mangsa Banjir

Umum mengetahui sejak Sabtu lalu negara dikejutkan dengan musibah banjir sehingga ramai mangsa terjejas kehilangan tempat tinggal dan menyebabkan kemalangan jiwa.

Namun, disaat genting itu rata-rata rakyat Malaysia bersatu padu membantu menghulurkan bantuan bagi meringankan beban ditanggung mangsa.

Termasuklah, pasangan suami isteri selebriti media sosial iaitu Cik Epal dan Jofliam yang menyumbang keperluan penting buat penduduk terjejas.

Bukan itu sahaja, pasangan itu juga turut menyediakan kemudahan bot serta membawa beberapa kenderaan lasak bagi memudahkan misi bantuan di lokasi terjejas.

Lebih mengejutkan, pasangan itu juga tidak berkira menyediakan piza daging wagyu buat mangsa banjir sedangkan semua tahu bahan mentah tersebut sememangnya sangat mahal.

Kata usahawan itu sendiri, dia merasakan tidak membazir menghabiskan sejumlah besar kos untuk membantu mangsa yang terjejas akibat banjir.

Diruangan komen rata-rata netizen mengagumi sikap pemurah pasangan itu yang tidak lokek untuk membantu mereka yang memerlukan serta mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki.

Kata netizen lagi, mereka turut rasa seronok apabila melihat mangsa yang terlibat banjir gembira menikmati hidangan tersebut.