Beberapa hari lalu tular di laman Twitter rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan sebuah kereta Kancil melanggar seorang penunggang motosikal di simpang empat.
Video tersebut telah dimuat naik oleh kakak mangsa, Nabilah. Menerusi video tersebut jelas kelihatan, motosikal yang dilanggar meluncur laju dan penunggang tercampak ke jalan.
seronok ye kereta kancil merah ni dah langgar adik aku lepastu lari macam tu je. siapa siapa yang ternampak or kenal kancil no plate jdh 202 pls inform me. thank you so much.
area taman perling, johor bahru. pic.twitter.com/xwK6rw8Cv0
— an (@notbielah) January 26, 2021
Tidak hanya setakat itu, pemandu Kancil berkenaan terus berlalu tanpa berhenti untuk melihat keadaan penunggang motosikal tersebut.
Disebabkan kejadian itu, Nabilah berkata adiknya mengalami luka di bahagian muka dan keadaan motosikal hancur teruk akibat kemalangan tersebut.
Namun, pemandu Kancil berkenaan berjaya dikesan apabila nombor plat kereta berkenaan tertanggal ketika kejadian. Hasil siasatan mendapati, pemandu tersebut merupakan cikgu memandu.
Namun, timbul pendebatan dikalangan netizen yang mengatakan ianya salah pemandu Kancil dan penunggang motosikal tersebut.
Bagaimanapun, menerusi satu status, adiknya tampil memuat naik laporan polis trafik mengatakan bahawa pemandu kancil tersebut yang bersalah kerana sepatutnya dia berhenti di simpang tersebut.
https://twitter.com/akiming__/status/1354338850496147463
Difahamkan, keluarga mangsa sudah pun berjumpa dengan pemandu kancil berkenaan dan sudah pun mengaku salah. Kata pemandu Kancil tersebut dia tidak berhenti kerana terlalu panik.
SUMBER: Twitter