Cikgu Rampas & Bakar Telefon Telefon Pelajar, Ramai Netizen Tak Puas Hati

Tidak dinafikan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar ada kebaikan dan keburukannya. Namun kini telefon boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran.

Paling penting perlu ada pengawasan daripada ibu bapa kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini berlaku apatah lagi semuanya dihujung jari sahaja.

Baru-baru ini, tular video di aplikasi TikTok Malaysian Update News memaparkan seorang guru wanita bertudung merampas serta membakar telefon bimbit pelajar.

Menerusi video tular itu, dua guru dilihat bergilir-gilir membuang telefon bimbit ke dalam tong besi dimana apinya sedang marak.

Turut kelihatan sekumpulan pelajar yang dilihat menjerit dan menangis mungkin kerana melihat telefon bimbit mereka yang dicampak ke dalam api berkenaan.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku di sebuah sekolah asrama. Tidak dapat dipastikan dimana kejadian itu berlaku, namun ada yang mendakwa ianya berlaku di negara Indonesia.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati serta menyifatkan tindakan guru berkenaan kejam dan menyalahi undang-undang.

Kata netizen, guru tidak berhak untuk berbuat demikian kerana mereka hanya boleh merampas dan memulangkan semua telefon bimbit pelajar.

Dalam pada itu, ada yang tidak membayangkan bagaimana jika telefon pelajar tersebut dibeli oleh ibu bapa yang bersusah payah mengumpul duit utnuk mendapatkan telefon untuk anak mereka namun akhirnya ini yang terjadi.

SUMBER: mStar