‘Colok Power’ RM1 Pembunuh Nyamuk Ini Jadi Buruan, Netizen Kongsi Hasil ‘Korban’

Ramai yang sangka nyamuk banyak ketika musim hujan, namun anda silap kerana ketika musim kering dan panas juga nyamuk tetap akan ‘menyerang’.

Baru-baru ini, perkongsian seorang netizen @ciktiqz di Twitter yang berkongsikan cara untuk membunuh nyamuk mendapat perhatian netizen.

Dengan hanya menggunakan ‘colok’ pembunuh nyamuk berharga RM1, wanita ini berkongsikan hasil ‘korban’ daripada penggunaan barangan tersebut. Memang geram tengok hasilnya.

Produk tersebut dikenali sebagai colok penghalau nyamuk. Sama seperti ubat nyamuk lingkaran yang sering digunakan, colok ini perlu dibakar dan diletakkan tempat yang diinginkan.

Lebih menarik, colok ini tidak mengandungi bahan berbahaya dan dihasilkan dengan menggunakan bahan organik.

Ada yang berkongsikan, colok tersebut akan mengeluarkan asap dan bau pada awalnya, namun kemudian tiada lagi bau mahupun asap kelihatan.

Boleh dikatakan ‘colok power’ ini kini jadi buruan ramai, mana tidaknya ianya hanya berharga RM1 sahaja sepaket. Anda boleh memilih dengan bauan ataupun tidak.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut berkongsikan pengalaman menggunakan colok tersebut serta memaparkan nyamuk jatuh bergelimpangan di atas lantai.

Boleh dikatakan ‘colok power’ ini kini jadi buruan ramai, mana tidaknya ianya hanya berharga RM1 sepaket yang mengandungi 30 batang colok. Anda boleh dapatkan di Shopee sahaja.

SUMBER: Twitter