COVID-19: 260 Kes Dicatatkan Hari Ini, Tertinggi Sejak PKPP

Menerusi sidang media sebentar tadi berkenaan perkembangan covid-19 di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 260 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan, 260 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 11,484 kes secara keseluruhan.

Daripada 260 kes baharu yang dilaporkan hari ini, terdapat 259 kes merupakan kes tempatan dan hanya 1 kes import.

Kes discaj baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah 47 kes. Seramai 120 kes dilaporkan telah sembuh dan tiada kematian dilaporkan.