COVID-19: 287 Kes Dilaporkan Hari Ini, Paling Tinggi Dalam Sejarah

Menerusi sidang media sebentar tadi berkenaan perkembangan covid-19 di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 287 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan, 287 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini merupakan kes tempatan, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 11, 771 kes secara keseluruhan.

Kes tertinggi dilaporkan di Kedah iaitu sebanyak 129 kes, Sabah dengan 113 kes dan Selangor dengan 31 kes.

Tiada pertambahan kes kematian dicatatkan pada hari ini. Jumlah kes kumulatif kematian kekal sebanyak 136 bersamaan 1.16%.