Seperti kita tahu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ada mengeluarkan panduan mengenai peratusan kadar gelap yang dibenarkan pada cermin kenderaan.
Namun, jika tinted yang dipasang melebihi peratusan yang dibenarkan, perlulah bersiap sedia untuk dikenakan tindakan undang-undang.
Seperti yang dilalui oleh seorang pengguna jalan raya ini yang bertindak mencabut tinted gelap pada cermin keretanya sebaik sahaja melihat sekatan jalan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di hadapan.
Menerusi video dikongsikan di aplikasi TikTok menggunakan nama akaun @nashnina, lelaki itu sedang mencabut tinted gelap pada cermin kereta yang dipandunya kerana bimbang kantoi dengan pihak JPJ.
Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan tindakan spontan lelaki berkenaan.
Lebih lucu, ramai yang terhibur dengan rakan yang merakam hanya ketawa sahaja sedangkan si pemandu seperti nak tercabut nyawa cuba mencabut tinted berkenaan.
Diruangan komen, ada netizen memberi cadangan turunkan tingkap ketika melalui sekatan jalan raya supaya tidak kantoi. Bagaimanapun, lelaki itu mengatakan pernah membuat idea tersebut namun tetap kantoi.
SUMBER: TikTok