Dah Ada Papan Tanda Amaran Tapi Ramai Yang Masih Mandi Manda

Meskipun sudah diletakkan papan tanda amaran di Air Terjun Bukit di Kuala Berang, namun masih ramai seakan tidak mempedulikan risiko bahaya air terjun berkenaan yang sebelum ini telah meragut banyak nyawa.

Biarpun majlis tempatan telah meletakkan papan tanda yang baru dan besar dengan kata-kata yang agam menggerunkan namun ramai yang masih berdegil untuk mandi manda.

Difahamkan, sebelum ini Berita Harian pernah melaporkan papan tanda yang lama pernah tercabut akibat perbuatan vandalisme. Menerusi papan tanda itu kawasan air bukit itu telah meragut 18 nyawa sejak tahun 2003.

Difahamkan, kebanyakan kes mati lemas yang berlaku melibatkan orang luar kawasan kerana penduduk setempat tidak mandi manda di sana kerana tahu tentang bahaya tempat tersebut.

Pada Disember 2015, air terjun itu pernah meragut lima sekeluarga ketika bermandi manda di sana. Selepas tragedi berkenaan, kawasan air terjun berkenaan menjadi sepi namun kini kembali menjadi tumpuan ramai.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian seorang netizen di Facebook itu meminta agar pihak kerajaan mengambil langkah untuk menutup kawasan berkenaan bagi mengelakkan tragedi mati lemas berulang lagi.

SUMBER: Facebook