Dah Biasa Guna Kau Aku, Suami Ketawa Berdekah Bila Isteri Panggil ‘Baby’ Sebab Rasa Geli

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti ada panggilan manja antara satu sama lain. Ada yang memanggil pasangan dengan nama sayang, baby, bubu dan banyak lagi.

Tapi, tidak semua pasangan mempunyai nama panggilan manja. Seperti pasangan suami isteri Mohd Azuan Mohd Noor dan juga Alamin Mohammad ini sentiasa menjadi perhatian di aplikasi TikTok dengan telatah lucu mereka.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan panggilan yang digunakan untuk satu sama lain iaitu ‘kau aku’.

Tampil menjelaskan menerusi satu video, Alamin berkata dia dan suami sudah biasa dengan panggilan tersebut sejak berkahwin dari sekolah lagi.

Sempat mengusik isterinya, Azuan memanggil dengan nama ‘sayang’ dan wanita itu kelihatan meluat. Namun lebih lucu apabila Alamin memanggil suaminya ‘baby’, Azuan ketawa berdekah kerana rasa geli.

Perkongsian pasangan suami itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gelagat mereka. Malah, ada yang mengatakan panggilan ‘kau aku’ biasa digunakan di negeri Pantai Timur.

SUMBER: Kisah Dunia, TikTok