Dah Boleh Masuk Malaysia, Pemandu Singapura Ini Bantai Kencing Merata

Sejak sempadan negara dibuka, macam-macam cerita tak sedap didengar mengenai perangai pemandu Singapura yang memasuki Malaysia melalui Johor Bahru.

Sejak pagi tadi, tular video di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan pemandu BMW dengan kereta bernombor plat Singapura dilihat kencing di tepi jalan.

Menerusi rakaman yang diambil dari kamera litar tertutup itu, tarikh yang tertera adalah 5 April 2022 pada jam 1.14 pagi.

Walau bagaimanapun, perkara itu tidak dapat dipastikan kesahihan lokasi kejadian itu berlaku dan hanya menulis di Johor Bahru sahaja.

Video itu turut memaparkan pemandu berkenaan dilihat bergurau dengan menggoyangkan kemaluannya ke kiri dan ke kanan.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan lelaki berkenaan tidak beradab.

Malah, ada yang berang dengan tindakan lelaki dipercayai warga asing itu sesuka hati membuat kotor di negara orang.

SUMBER: Facebook Makcik Kiah