Dah Makan Setengah Pinggan, Gadis Ini Baru Perasan Tersilap Majlis Orang

Umum mengetahui, kerajaan mengumumkan majlis perkahwinan sudah dibenarkan untuk diadakan semula. Yang pasti, ramai di antara anda menerima banyak undangan majlis perkahwinan.

Tapi dalam keseronokan memenuji majlis undangan, jangan jadi macam gadis ini sampai tersilap masuk ke majlis orang lain.

Baru-baru ini, tular video yang dikongsikan oleh Maria Asren yang telah dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang sahabatnya.

@mariaasrenMacm mama boleh pergi salah wedding eh😢

♬ original sound – Ciikreena

Gadis itu yang datang bersama seorang rakannya makan di majlis tersebut menyedari mereka salah lokasi apabila mahu bergambar dengan pengantin.

Namun, apa yang lebih mencuit hati apabila rakannya yang sudah habis makan separuh pinggan sebelum menyedari perkara itu.

Gara-gara rasa bersalah, mereka menghulurkan sejumlah duit kepada tuan rumah sebelum cepat-cepat beredar daripada majlis berkenaan.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan nasib menimpa gadis itu dan rakannya. Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman sama apabila tersilap hadir di majlis orang lain.

SUMBER: TikTok