Dah Tahun 2022, Netizen Persoal Hospital Kerajaan Masih Simpan Rekod Kesihatan Guna Hard Copy

Di zaman teknologi serba moden ini, tidak dinafikan ia sekaligus memudahkan kita lebih-lebih lagi semuanya hanya di hujung jari sahaja.

Bagaimanapun, baru-baru ini, seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kecewa serta mempersoalkan sistem pengurusan hospital awam di Malaysia yang masih menyimpan rekod kesihatan pesakit secara bertulis ataupun ‘hard copy’.

Menurunya, setiap kali dimasukkan ke hospital sejarah persakit akan berulang kali ditanya. Belum lagi jika bertukar waktu shift kerja doktor lain pula akan bertanyakan soalan sama.

Individu itu turut mempersoalkan adakah rekod kesihatan pesakit tidak dimasukkan di dalam sistem komputer.

Luahnya lagi, pegawai perubatan yang bertugas juga sering bertanyakan senarai ubat. Malah, ada kalanya dua doktor yang akan menghubungi dalam sehari sekaligus menyusahkan pesakit dan juga waris.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berdepan pengalaman sama seperti individu berkenaan.

Bagaimanapun, ada yang menjelaskan mengapa doktor sering mengajukan soalan-soalan yang sama kepada pesakit ataupun dipanggil history taking.

Menurut seorang netizen, ‘history taking’ pesakit diambil kerana rekod yang diambil tidak akan berada di setiap hospital kerajaan yang lain dan untuk kebaikan pesakit juga.

SUMBER: Twitter & Beautifulnara