Dahulu Gangster & Ahli Kongsi Gelap, Kini Lebih Tenang Bersama Islam

Siapa sangka dahulunya seorang gangster dan samseng, namun akhirnya lelabih berbangsa Cina ini telah memeluk agama Islam. Benarlah bahawa Hidayah itu milik Allah SWT.

Mendedahkan tentang kisah hidupnya di sebuah rancangan popular baru-baru ini, Che Yin Wei atau nama Islamnya Abdul Rahman Abdullah, dia mula mengenali Islam selepas banyak bergaul dengan rakan-rakan penjara yang kebanyakannya Melayu Islam.

Disebalik wajahnya yang tenang ada seribu kisah tersembunyi dimana sebelum ini dia pernah menyertai aktiviti kongsi gelap seawal usia 18 tahun dan ketika itu hidupnya bergelumang dengan dosa.

Malah, Abdul Rahman juga mengakui pernah dipenjarakan sebanyak tiga kali disebabkan jenayah yang dia lakukan.

“Namun pada 2013, saya memilih jalan lain yang membawa pulang. Saya telah mengambil keputusan untuk berubah dan meninggalkan segala aktiviti jahat yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

Abdul Rahman berkata pada tanggal 7 Ogos 2019, dia mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan imam dan ahli jawatankuasa Masjid Jalan Pegawai, di Alor Setar, Kedah.