Dakwa Ayam McD Berulat, Gadis Mohon Maaf Mengaku Sengaja Sebar Fitnah

0
19607

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai perkongsian seorang pengguna Twitter @rabbykrabby yang memuat naik gambar ayam goreng di sebuah restoran makanan segera McDonalds.

Namun apa yang mengejutkan, gambar ayam goreng yang dikongsikan itu dipenuhi dengan ulat dan didakwa di beli di McDonalds. Perkara itu sekaligus mendapat perhatian pihak McDonalds untuk mengelesaikan isu itu dengan menghubungi gadis berkenaan.

Bagaimanapun, gadis itu kemudian memuat naik satu kenyataan terbuka di Twitter memohon maaf kepada McDonald’s Malaysia di atas tuduhan tidak tepat itu.

Gadis itu turut mengakui ayam goreng itu sebenarnya dibeli dan disimpan beberapa hari sebelumnya dalam suhu persekitaran sehingga menyebabkan makanan itu tercemar.

Ujar gadis itu lagi, permohonan maaf yang dilakukan tidak ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapan tersebut serta akan menghapuskan perkongsiannya sebelum ini.

Dalam pada itu, gadis tersebutu turut memohon agar hantarannya sebelum itu tidak lagi disiar dan dikongsi oleh mana-mana pihak.