Dakwa Hina Golongan B40, Ryzal Ibrahim Takkan Mohon Maaf

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial Ryzal Ibrahim dikecam teruk selepas memuat naik video konten mengenai rutin kehidupan harian B40.

Menerusi video dikongsikan itu, Ryzal menunjukkan memakai eksesori mewah serta membeli air Evian yang dikatakan seperti golongan T20 oleh netizen.

@ryzalibrhm

Episod 1 rutin kehidupan

♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays

Malah, Ryzal seolah menyindir golongan B40 dan lagu yang digunakan iaitu bertajuk Di Luar Kemampuanku dari kumpulan Ukays 

Bagainmanapun, video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mendakwa seolah menghina golongan B40.

Sementara itu, diruangan komen Instagram, suami kepada Maryam You Narae itu berkata dia tidak akan memohon maaf susulan video dibuatnya itu kerana tiada sebarang kesilapan.

Dalam pada itu, Ryzal berkata jika B40 menganjing golongan T20, mereka (T20) tidak terus melenting serta meminta untuk netizen bertenang.

SUMBER: xTra