Sejak penularan wabak pandemik Covid-19 di negara kita, petugas barisan hadapan antara yang banyak bertungkus lumus dalam menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat.
Namun, masih ada pihak yang memandang rendah akan tugas mereka seperti yang berlaku baru-baru ini apabila seorang influencers dikatakan tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima melakukan ujian swab Covid-19.
https://twitter.com/haqeemhyzan/status/1338766373942558721
Difahamkan, influencers tersebut memuat naik beberapa video di Instagram mendakwa dikasari oleh seorang jururawat. Lelaki itu mendakwa jururawat tersebut melakukan ujian swab dengan kasar dan mengambil keputusan untuk membawa perkara itu ke muka pengadilan.
Katanya, jururawat itu bertindak kasar walaupun pada awalnya sudah mintai untuk melakukan secara perlahan-lahan. Ujarnya, disebabkan tindakannya itu berlakunya pertumpahan air mata akibat rasa sakit pada bahagian hidung.
Dengan harapan perkongsian itu dapat menagih simpati daripada netizen bagaimanapun influencers berkenaan dikecam teruk oleh pengguna media sosial.
Netizen berkata, apa yang dilakukan oleh jururawat tersebut sememangnya mengikut procedur yang sepatutnya ketika melakukan swab test dan bukannya dengan sengaja menjolok hidungnya sehingga begitu sekali.
Bukan itu sahaja, ramai mempertahankan jururawat tersebut dan meminta agar tindakan yang dilakukan ke atas influencer berkenaan kerana sikap tidak bertanggungjawabnya itu.
Dalam pada itu, ada beberapa netizen tampil mempersoalkan tindakan influencer berkenaan yang mengambil video tanpa kebenaran jururawat tersebut dengan tujuan untuk memalukannya.
Bagaimanapun, influencer tersebut telah pun permohonan maaf terhadap jururawat tersebut. Apa pun diharap yang terjadi ini dijadikan sebagai pengajaran kepada semua orang untuk sentiasa menghargai jasa petugas barisan hadapan.
SUMBER: Twitter