Dakwa Sudah Nikah & Kena Minyak Pengasih, PA Neelofa Cari Penyebar Fitnah

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan kontroversi mengenai hubungan Neelofa dan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Riz susulan muat naik ahli keluarga Neelofa di Insta Story.

Lebih mengejutkan netizen apabila gambar ketika majlis merisik sudah pun dipadam serta ahli keluarga Neelofa tidak lagi mengikuti PU Riz di Instagram.

Malah, tular skrin perbualan WhatsApp yang dimuat naik oleh seorang wanita di laman Twitter mendakwa usahawan terkenal itu bernikah secara senyap serta terkena minyak pengasih.

Individu tersebut turut mendakwa mendapat maklumat daripada ‘orang dekat’ Neelofa yang mengatakan bahawa pasangan selebriti itu sudah bernikah di Kelantan.

Susulan dakwaan tidak berasas itu, pembantu peribadi (PA) kepada Neelofa bertindak meminta bantuan netizen untuk mengesan individu di sebalik penyebaran perbualan WhatsApp berkenaan.

Terdahulu, Neelofa menafikan dirinya terkena minyak pengasih sehingga mahu membelanjakan sejumlah wang yang banyak buat PU Riz dan keluarganya serta menafikan khabar angin mengatakan mereka sudah berkahwin secara senyap di Kelantan.

SUMBER: Kosmo!