Sejak Sabtu lalu, negara dikejutkan dengan musibah banjir yang melanda beberapa negara sehingga ramai yang terjejas dan bencana itu juga menyebabkan kemalangan jiwa.
Baru-baru ini tular perkongsian seorang lelaki yang mengaitkan banjir yang berlaku adalah kerana kekufuran manusia.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, lelaki itu juga turut mendakwa waktu solat Malaysia tidak tepat sekaligus menundang tanda tanya netizen mengenai perkara itu.
Menurutnya, ramai tidak perasan ada yang solat Subuh sedangkan belum masauk waktu. Dakwanya, waktu solat subuh yang ditunjukkan pada kalendar dan aplikasi telefon itu awal 20 minit berbanding waktu solat Subuh yang sebenar.
Katanya lagi, dia turut meminta untuk lihat sendiri terbitnya fajar kozib (belum masuk waktu) dan fajar sodiq (masuk waktu). Tambahnya, mereka di markas dakwah akan menunaikan solat Subuh pada jam 6.30 pagi.
Dakwa lelaki itu lagi, mengikut pada kalendar sudah ditulis 6.03 pagi dan sudah dibuat siap-siap untuk tahun 2025.
Lelaki itu juga mendakwa tok guru mereka pergi ke pesisir pantai untuk tengok terbit fajar dan dua hari lalu terbit fajar sodiq adalah pada jam 6.25 pagi.
Dakwanya lagi, waktu masuk Subuh sebenar adalah pada 6.25 pagi tetapi ketika itu ramai jemaah sudah dalam perjalanan balik ke rumah.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tertanya-tanya mengenai kesahihan dakwaan lelaki itu.
Malah, ada yang bimbang serta mempersoalkan bagaimana dengan buka puasa apatah lagi jika waktu Maghrib sebenar belum masuk. Apa pun diharap perkara ini akan mendapat perhatian pihak majlis agama dan dijelaskan oleh mereka yang lebih arif.
SUMBER: Facebook Tanpa Nama