Umum mengetahui, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memulakan perniagaan biskut diberi nama ‘Shelup Shelup Satu Tak Cukup’ selepas berdepan ujian rumah tangga.
Bagaimanapun, Shuhada memaklumkan perniagaannya itu bakal ditutup namun tidak mendedahkan perniagaan biskutnya itu dihentikan.
Meskipun bakal ditutup, ada yang sempat membeli biskut tersebut secara online namun dikatakan indah khabar dari rupa.
https://www.tiktok.com/@neesholla/video/7233342949403282706?
Menerusi video dikongsikan di TikTok, individu itu meluahkan rasa kecewa sebaik sahaja menerima biskut Shuhada yang dibelinya.
Individu itu berkata biskut diterima ada yang hancur kerana pembungkus plastik yang digunakan. Malah, kotak biskut tersebut seperti terkena cat.
Namun, individu itu berkata niatnya bukanlah mahu mengecam, namun hanya sekadar teguran supaya dapat perbaiki lagi cara pembungkusan.
Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut melihat cara pembungkusan biskut yang dijual. Tidak kurang juga, ada netizen berpendapat bahawa Shuhada silap memilih perniagaan.
SUMBER: TikTok Neesholla