Dari 137Kg Ke 76Kg, Lelaki Ini Tak Lokek Kongsi Tips Diet

Tidak dinafikan untuk kuruskan badan bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Melihat lambakan makanan sedap-sedap di jual dan hanya boleh ditempah begitu sahaja, masalah obesiti di Malaysia semakin membimbangkan.

Dengan teknologi serba canggih dan semuanya hanya dihujung jari sahaja, kini semakin ramai yang mengamalkan makan secara sihat dan tidak lokek berkongsikan tips bagaimana untuk turunkan berat badan.

Seperti pemuda ini, Amin Othman yang berjaya menurunkan berat badannya dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat berkongsikan tips yang diamalkan kepada umum.

Menerusi perkongsian di Twitter, Amin berkata beratnya dahulu mencecah sehingga 137kg dan berjaya menurunkan berat badan selepas dua tahun, beratnya kini 76kg.

Berkongsikan tips pemakanan, Amin berkata dia mengamalkan makan oat bersama madu dan tiga biji betik setiap pagi. Berhenti mengambil miniman manis, Amin memberitahu dia hanya akan minum air kosong setiap kali rasa lapar.

“Saya tidak akan minum minuman manis dan minum banyak air setiap kali saya berasa lapar,” tulisnya.

Dalam pada itu, Amin akan memastikan setiap hujung minggunya dipenuhi dengan aktiviti kecergasan dan kebiasannya dia akan berlair secara purata 3 kali smeinggu dan akan ke gim untuk mengangkat berat.

Ujarnya, tiada masalah untuk makan makanan tidak sihat tetapi ambil dengan kuantiti yang sedikit.

Kata Amin lagi, dia hanya akan memakan makanan berat sekali sehari, namun bergantung pada keadaan. Jika ada yang mengajaknya untuk makan malam, dia akan elak mengambil makanan waktu tengah hari dan menggantikan dengan memakan buah-buahan.

SUMBER: SiakapKeli