Sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai seorang TikToker View Chin didakwa curang dengan pekerja bernama Mira.
Malah, Mira berkata tidak semua perkara yang didedahkan oleh Ah Moi adalah benar. Ujarnya, dia juga mempunyai cerita tersendiri namun tidak mahu memaklumkan kepada umum.
Baru-baru ini, Mira atau nama sebenarnya Amirah Aqilah mengakui sudah bersedia menjaga anak-anak kepada kekasihnya, View Chin bersama bekas isterinya, Ah Moi jika mereka berkahwin kelak.
Perkara itu didedahkan oleh Mira menerusi sesi siaran langsung di TikTok. Kata Mira lagi, dia sudah lama bersedia mengenai perkara itu.
“Awak dah ready (sedia) kah nak jaga anak-anak Ah Moi,” tanya salah seorang netizen.
“Mestilah ready (sedia). Mira sudah bersedia dari awal,” balas Mira.
Sementara itu, ditanya sama ada Mira sudah membuat permohonan maaf kepada Ah Moi, Mira berkata tidak semua benda perlu dikongsikan di media sosial.
“Tak akan semua benda Mira nak cerita, Mira tak akan cerita semua hal peribadi kepada orang. Kerja adalah kerja, hal peribadi adalah hal peribadi,” jelasnya.
SUMBER: Kosmo