Setiap perniagaan pastinya ada rintangan serta cabaran yang perlu ditempuhi. Luarannya nampak tenang, tapi dalamannya hanya tuhan sahaja yang tahu.
Seperti yang dilalui oleh seorang ahli perniagaan bernama Rosniwati Beharom yang berusia 45 tahun ini, perusahaan produk kesihatan kulit Saapuu yang diusahakannya tidak terlepas daripada asam garam dunia perniagaan sejak dia menceburinya dari tahun 2003 hingga kini.
Daripada perniagaannya berstatus ‘enterprise’ sehinggalah syarikatnya dinaik taraf menjadi ‘sdn bhd’, dia pelbagai cabaran telah pun dilaluinya.
“Kalau nak diimbas semula, saya mula menceburi dunia bisnes ini sejak tahun 2003. Daripada berstatus ‘enterprise’, syarikat saya naik taraf menjadi ‘sdn bhd’ sejak Januari tahun 2020.”
Menurut anak jati Seri Manjung, Perak itu, sebelum memulakan karier perniagaannya, dia hanya mengambil upah menjahit baju dan membantu emaknya berniaga di pasar sahaja.
“Saya dan suami hanya golongan biasa sahaja yang mana sebelum berkahwin saya menjahit baju dan membantu emak saya berniaga di pasar awam.”
Selepas berkahwin dengan suaminya, dia telah berpindah ke Klang, Selangor dan tinggal bersama keluarga mertuanya di sana selama 16 tahun. Pada ketika itu, dia menyatakan bahawa pendapatannya bersama suami masih tergolong dalam golongan B40.
Di situ, dia telah bekerja di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam selama 5 tahun sebagai pembantu akaun namun masih mengambil upah menjahit pakaian di rumah dalam masa yang sama.
Dia memulakan karier perniagaannya selepas memutuskan untuk berhenti daripada kerja dan memberanikan diri menyewa kedai dengan hasil pinjaman yang diperolehi daripada MARA.
“Maka dari situlah bermulanya liku-liku kehidupan saya, suka duka sebagai tauke kedai jahit.”
Menurutnya, dia telah membuka butik jahitan secara kongsi separuh sewa kedai bersama dengan isteri rakan kepada suaminya yang pada ketika itu mengusahakan butik andaman pengantin.
Namun begitu, selepas beberapa tahun isteri rakan kepada suaminya itu berniaga, mereka terpaksa menutup kedai mereka kerana masalah keluarga. Disebabkan itu, dia telah mengambil alih perniagaan yang ditinggalkan oleh isteri rakan kepada suaminya tersebut.
Namun segalanya tidak mudah kerana setelah beberapa tahun mengambil alih perniagaan tersebut, dia telah diuji dengan dugaan yang diturunkan.
“Tahun pertama,kedua dan ketiga Alhamdulillah,perniagaan boleh di katakan ok. Masuk tahun keempat apabila terlalu banyak sangat saingan dalam bidang andaman dan jahitan maka dari situ lah berlakunya kemerosotan dalam perniagaan saya.
“Pada masa itu banyak orang catering membuat pakej sekali pelamin, baju dan makeup tetapi saya pada ketika itu hanya membuat baju pengantin dan makeup pengantin sahaja, dan pelamin saya sub pada orang. Jadi di situ dengan ilmu yang ciput dan persaingan yang hebat maka andaman pengantin saya merosot dan yang masih boleh bertahan hanya jahitan baju sahaja.”
Selepas lapan tahun mengusahakan kedai menjahit itu, ujian yang bertubi-tubi diturunkan kepadanya pun bermula. Menurutnya, sebelum itu dia telah diduga dengan dugaan susah untuk mendapatkan zuriat selepas 12 tahun berkahwin bersama dengan suaminya.
Namun berkat doa yang tidak pernah putus kepada Allah, dia berjaya juga untuk mendapatkan seorang zuriat perempuan yang comel dan sempurna sifatnya. Ketika di penghujung tahun 2014, dia sekali lagi diuji dengan suaminya diserang penyakit angin ahmar peringkat awal ketika tidur, masalah psoriasis serta gout.
“Semasa dia kena attack kedua-dua matanya langsung tidak dapat melihat. Alhamdulillah kejadian berlaku di rumah mertua saya, sebab setelah saya buka kedai kami ada juga sekali sekali tidur dikedai sebab saya nak siapkan jahitan.
“Ketika kejadian satu rumah terkejut sebab tiba-tiba sahaja dia bangun cakap kepala dia bagai nak pecah dan dia tak nampak apa-apa langsung, mata dia gelap terus. Kami memanggil ambulans dan bawa dia ke HTAR.
“Alhamdullillah, Allah permudahkan, ketika di hospital kebetulan pakar mata ada bertugas dan dia dapat rawatan yang cepat, selang beberapa hari dalam ward mata dia sudah mula nampak walaupun masih kabur, seminggu di hospital akhirnya dia dibenarkan keluar.”
“Hari pertama masuk hospital berat badan dia lebih kurang 110kg dan seminggu di hospital berat badan masa discharge 76kg sahaja. Seminggu dia di hospital maka seminggu juga kedai saya tutup sebab saya tiada pekerja masa itu. Saya menjaga suami di hospital kerana dia perlu dibantu untuk bergerak terutama ke tandas.
Kerana kedai tidak dapat dibuka kerana menjaga suaminya dan suaminya pula terpaksa berhenti daripada kerja, maka pendapatannya terjejas. Mereka sehinggakan terpaksa tidur di kedai sahaja kerana sambil menjahit, dia turut memantau keadaan suaminya serta anak-anaknya.
“Selepas keluar hospital anak dan suami dibawah tanggungjawab saya, suami saya kena pantau dan anak pun sedang membesar dan perlukan perhatian. Suasana kedai memang tak selesa hanya ada 1 bilik kecil sahaja untuk fitting baju jadi suami dan anak saya terbaring sahaja di ruangan kedai.nampak memang tak selesa tapi kami tiada pilihan.”
Namun selepas terkena minor stroke, suaminya pula telah disahkan terkena penyakit saraf iaitu Rheumato Attritis (RA) serta penyakit goutnya kian aktif.
“Setiap bulan dia perlu ambil injection khas untuk saraf yang mana 1 injection tu berharga RM 2 ribu lebih yang mana perlu membayar RM23,000 lebih pada hospital, bayaran perlu di buat lump sum dan bukannya setiap bulan.”
Namun mujur selepas turun naik ke pusat zakat untuk meminta bantuan, pusat zakat sudi untuk meluluskan pembiayaan perubatan buat suaminya dalam tempoh setahun. Selepas pelbagai ujian yang dilaluinya, dia dan suami berpakat untuk menceburi perniagaan lain dan di situ tertubuhlah Saapuu di bawah syarikat Mawar Shazni Sdn Bhd serta memiliki produk mereka sendiri.
Produk yang telah dipasarkan mereka sejak bulan Jun tahun lalu telah dijenamakan semula dan dilancarkan sekitar bulan Disember tahun lalu. Menurutnya, produknya mengandungi pelbagai ramuan asli dan organik antaranya ialah Aloe Vera, Daun Bidara, Curcumin, Minyak Argan serta madu.
Tujuan mengapa dia mengeluarkan produk yang bernama SAAPUU ini adalah untuk membantu mereka yang mengalami masalah kulit seperti Psoriasis, eczema, masalah ruam susu dan jangkitan kuman pada kulit.
Suaminya adalah merupakan antara testimoninya yang terawal kerana mengalami penyakit Psoriasis.
“Psoriasis dia mula di kesan pada tahun 1998 yang mana masa itu dia sendiri pun tak menyedari yang itu adalah psoriasis. Semakin hari kulit dia mengalami kegatalan dan tidak keselesaan terutamanya bila terkena pancaran matahari dan terdedah dengan cuaca yang panas dan berpeluh. Maka setiap kali keadaan itu berlaku psoriasis dia semakin aktif keluar.
“Jadi inilah salah satu punca dan sebab utama saya mengeluarkan Produk SAAPUU ini. Kisahnya bermula semasa suami saya telah menemukan produk yang sesuai digunakan untuk kulit dia yang mana setiap kali menggunakannya kegatalan dan psoriasis dia jarang-jarang sangat keluar dan ini secara tak langsung telah mengurangkan kegatalan dan dia tidak lagi asyik menggaru-garu sahaja.”
Selepas suaminya menggunakan produk itu selama beberapa tahun, tercetuslah idea untuk menghasilkan produk ini agar dapat memberi manfaat kepada orang ramai terutamanya mereka yang menghidap psoriasis.
Katanya, produk yang digunakan suaminya sebelum ini dibuat secara tradisional dan agak leceh serta memakan masa untuk membuatnya. Tempohnya juga agak singkat kerana tidak boleh simpan lama dan susah untuk dibawa kemana-mana. Selepas mereka berbincang, mereka telah bercadang untuk mengeluarkan produk tersebut.
“Kami telah bercadang untuk menjual produk secara online dan dengan adanya teknologi Nano yang sedang berkembang pesat pada masa ini, maka terdetiklah kami untuk menghasilkan produk SAAPUU yang mana bahan-bahannya adalah dari bahan-bahan organik yang saya gunakan sebelum ini untuk kulit suami saya.
“Dan yang paling bagusnya produk ini boleh bertahan selama 2 tahun dan mudah untuk digunakan dan mudah untuk di bawa kemana-mana sahaja.”
Ternyata hasil daripada feedback yang dia dapat berkenaan produknya itu amat memuaskan. Bukan itu sahaja, produk yang dikeluarkan olehnya itu juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah menjalani ujian makmal (lab test)
Justeru daripada itu, kepada sesiapa yang mempunyai penyakit kulit amat disarankan untuk mencuba produk SAAPUU ini. Kepada sesiapa yang ingin menjana pendapatan atau mahu membeli produk tersebut, sila layari www.saapuu.com