Dari Sayang Bertukar Jadi Pak Long, Gadis Pasrah Teman Lelaki Rupanya Bapa Saudara Jauh

Setiap kali hari raya sudah menjadi kebiasaan untuk ziarah menziarahi sanak saudara. Tahun ini, sememangnya sangat dinantikan apatah lagi selepas dua tahun tidak berpeluang berbuat demikian susulan pandemik.

Namun, pasti ada di antara anda berdepan situasi dimana ada individu yang kita kenal rupanya ahli keluarga jauh atau saudara mara jauh.

Seperti yang terjadi kepada seorang gadis bernama Siti Nur Hanim ini yang menziarahi saudara maranya yang jauh dan jarang berjumpa. Apa yang mengejutkan, teman lelakinya rupanya bapa saudaranya.

Tular videonya di aplikasi TikTok, gadis itu sempat meninggalkan komen mengatakan hubungan mereka boleh dianggap kuat kerana lelaki itu boleh menjadi wali ibunya.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan pentingnya untuk kenal ahli keluarga serta saudara mara kerana supaya kejadian seperti ini tidak berlaku.

Tidak kurang juga, ada netizen yang berkongsikan pengalaman mereka berkahwin dengan saudara mara sendiri.

SUMBER: TikTok