Beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan seorang remaja dihukum mandi jenazah selepas ditangkap mencuri tabung masjid.
Difahamkan, remaja berusia 19 tahun itu telah pun ditahan serta mendakwa melakukan perbuatan itu kerana mahu membeli ubat untuk atuknya yang sakit.
Bagaimanapun, segalanya terbongkar apabila datuk kepada remaja bernama Daniel Iskandar itu mendedahkan bahawa cucunya itu sememangnya seorang remaja yang bermasalah.
Memetik laporan Malaysia Gazette, Rosli Sidek, 65 berkata dia sendiri yang yang menyarankan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Islahiah Kuang supaya membuat laporan polis ke atas cucunya.
Saya yang suruh AJK Masjid Al Islahiah buat laporan ke atas cucu agar dia jadi orang berguna – Datuk remaja#malaysiagazette pic.twitter.com/XpQjkKidf5
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) January 14, 2022
Katanya lagi, dia mahu memberi pengajaran kepada cucunya supaya menjadi orang berguna apatah lagi dia ada mengambil benda terlarang.
“Daniel Iskandar merupakan remaja yang bermasalah dan saya tidak sanggup menjaganya kerana tindakan yang tidak boleh dikawal lagi dan agresif.
“Kemungkin besar dan dikhuatiri dia ada ambil benda terlarang dan baru terjebak jadi penagih kerana sering melakukan tindakan luar dugaan,” katanya.
Dedahnya lagi, cucunya itu pernah mencuri wang miliknya serta mengugut untuk mencederakan arwah neneknya.
“Contohnya dia pernah mencuri wang dan motosikal saya, wang simpanan umrah arwah neneknya, telefon bimbit saudaranya, pernah hendak ugut mencederakan arwah neneknya dan sering pulang lewat malam,” katanya.
Sementara itu, Rosli turut meminta netizen diluar sana supaya tidak menyalahkan AJK masjid di atas apa yang mereka lakukan pada cucunya.
Katanya lagi, dia dan AJK masjid sudah berbincang terlebih dahulu mengenai isu cucunya serta tidak mengambil hati video Daniel tular di media sosial.
“Saya tidak ambil hati pun malah bersyukur dia diberi pendidikan kerana mencuri. Nasib baik hanya dijirus air biasa kalau air panas macam mana,” katanya.
Dalam pada itu, Rosli berkata jika Daniel dibebaskan dia mahu cucunya itu dimasukkan ke rumah perlindungan atau pusat kemahiran.
Rosli juga berharap agar polis dapat memberi jaminan agar dia tidak diganggu oleh menantunya, iaitu bapa kepada Daniel Iskandar.
Kata Rosli lagi, dia tidak pernah meminta Daniel beli ubat sehingga perlu mencuri kerana dia ada menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM400 sebulan.
“Malah pihak AJK masjid selalu bertanya khabar dan memberi barang keperluan asas seperti beras setiap bulan,” katanya.
Semalam, Daniel Iskandar dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana cuba mencuri tabung masjid lima hari lalu.
SUMBER: Malaysia Gazette