Datuk Seri Macau Scam Lari Panjat Pagar SPRM, Kini Diburu Polis

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila beberapa individu termasuk Datuk dan Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) selepas disyaki terlibat dalam sindiket penipuan ‘Macau Scam’.

Difahamkan, sidiket itu juga menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Terbaru, polis kini ini memburu lelaki bergelar Datuk Seri yang juga suspek utama sindiket pengubahan wang haram selepas dia melarikan diri sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), kelmarin.

Difahamkan, suspek bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri.

Ketika kejadian, pihak polis yang berada di hadapan bangunan SPRM hanya sempat menahan seorang suspek yang juga merupakan dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes itu.

Susulan itu, polis kini sedang giat mengesan suspek yang menghilangkan diri selepas dibebaskan.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya akan menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman terhadap mereka semalam yang ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Tambahnya lagi, seorang lelaki dan dua anggota polis ditahan kelmarin selepas dibebaskan SPRM yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram.

SUMBER: Harian Metro