Datuk Seri Macau Scam Peruntuk RM4 Juta Sebulan, ‘Belanja’ Polis Dan Orang Berpengaruh

Jika sebelum ini, Addy Kana dan juga Yeong Leong atau Alvin dikatakan tidak terlibat namun dalam kemaskini terbaru Harian Metro, perkara sebaliknya yang berlaku.

BACA: Addy Kana, Leong Yeong Tak Terlibat Macau Scam? Ini Mungkin Apa Yang Kita Salah Faham

“Siasatan mendapati kedua-dua mereka adalah ejen sindiket didalangi warga China yang menjalankan kegiatan Macau Scam, penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing (Forex) dan perjudian dalam talian”

“Kami dapati mereka memang terbabit dalam mencari peralatan, logistik dan kemudahan Internet. Wujud elemen ‘scam’. Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Cawangan Khas,” jelas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed kepada portal berita tersebut.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru oleh Utusan Malaysia, pergerakan Macau Scam ini didakwa memperuntukkan sejumlah RM2 hingga RM4 juta sebulan untuk ‘dibelanjakan’ kepada pihak tertentu termasuklah pihak berkuasa dan individu berpengaruh.

Perkara yang dikongsikan oleh sumber itu juga menjelaskan bahawa terdapat hampir 100 orang individu dipercayai menerima wang rasuah dari Datuk Seri tersebut.

“Ini termasuk individu berpengaruh, pegawai dan polis yang telah ditahan atau disiasat oleh SPRM. Wang itu ‘dibayar’ untuk melindungi jenayah Macau Scam dan perjudian dalam talian serta memberikan maklumat jika pihak berkuasa merancang serbuan,” memetik kenyataan sumber tersebut kepada portal berita itu.

Datuk Seri palsu yang dikenali sebagai Alvin sebelum ini telah melarikan diri dengan memanjat pagar SPRM sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.