Demi Selamatkan ‘Awning’ Tudung Rosak, Pengantin Sanggup Alih Tangan Suami

Setiap di majlis perkahwinan, sudah pasti pasangan pengantin akan menjadi perhatian ramai apatah lagi saat kali pertama kali pengantin lelaki dan perempuan bersentuhan, pasti ada yang malu diperhatikan para tetamu.

Seperti video yang tular baru-baru ini, gelagat pasangan pengantin ini ketika pihak lelaki ingin melafazkan doa sambil meletakkan tangan di atas ubun-ubun isteri.

Apa yang mencuri perhatian apabila suaminya meletakkan seluruh tapak tangan di atas kepalanya dan tidak semena-semena pengantin perempuan terus mengalihkan tangan suaminya sambil menegur letak di bahagian sepatutnya.

Malah, pengantin perempuan dikenali sebagai Anieysah itu turut dilihat membetulkan awning tudungnya beberapa kali agar lebih sempurna.

Video tersebut ternyata mencuit hati netizen yang berseloroh mengatakan pengantin lelaki seolah melakukan sesi ruqyah apabila meletakkan seluruh tapak tangan di ubun-ubun isterinya.

Kata netizen lagi, hal tudung jangan sesekali dibuat main kerana ia merupakan perkara penting bagi wanita. Netizen berkata, ketika majlis pernikahan pengantin perempuan akan pastikan tudung mereka akan sentiasa ‘on point’.

SUMBER: TikTok