Semalam, Malaysia mencatatkan kes terbaru sebanyak 260 dan merupakan paling tertingi sejak PKPP sekaligus mencetuskan kebimbangan rakyat jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kembali.
Malay, status di Twtiter oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham juga seolah memberi bayangan PKP akan dilaksanakan semula susulan peningkatan kes positif yang naik mendadak.
Susulan itu, rata-rata netizen mengkritik beberapa menteri yang tidak mematahui SOP untuk menjalani kuarantin selepas pulang dari PRN di Sabah baru-baru ini apatah lagi selepas menjadi kontak rapat dengan mereka yang disahkan positif Covid-19.
Malah, tular status seorang pengguna Twitter yang meluahkan rasa kecewa dengan situasi berkenaan serta membanding negara jiran kita iaitu Indonesia dimana menteri mereka pening dengan sikap rakyat mereka yang degil dan tidak mahu mematuhi SOP.
Dekat Indonesia, menteri pening sebab rakyat degil taknak ikut SOP. Dekat Malaysia, rakyat pening sebab menteri degil taknak ikut SOP.
— Fadhil (@FadQuadra) October 1, 2020
Namun berbeza di Malaysia dimana rata-rata rakyat pula pening dengan sikap menteri yang degil serta tidak mengikuti SOP yang ditetapkan.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu. Ada netizen mengatakan dek kerana sikap orang atasan rakyat pula yang terkena tempias.
Tidak kurang juga ada yang memerli dengan mengatakan jika menteri langgar SOP tiada apa yang akan berlaku kerana SOP juga boleh berubah mengikut kehendak menteri.
SUMBER: Twitter FadQuadra