Di Saat Janna Nick Dikecam Teruk, Lelaki Ini Kongsi Kisah Bekerja Dengannya

Baru-baru ini, pelakon Janna Nick dikecam teruk susulan tular potongan video podcat berasma Amelia Henderson berkenaan work-life balance.

Kenyataan Janna itu yang didakwa memperkecilkan sesetengah pihak yang mementingkan keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Susulan isu tular itu, muncul perkongsian seorang individu berkongsikan kisah mendakwa pernah pernah bekerja dengan Janna Nick.

https://twitter.com/HhPixels/status/1643418843761770497?

Individu itu mendakwa dia pernah terlibat dalam sesi penggambaran sebuah program bersama Janna namun ‘disidai’ selama 4 jam.

Pendedahan individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mengkritik Janna yang dianggap tidak menghormati masa orang lain.

Terdahulu, Amelia mempertahankan Janna Nick serta menyangkal dakwaan kononnya pelakon itu memandang rendah golongan yang mementingkan keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan.

Katanya, Janna tiada niat untuk mentertawakan golongan yang berusaha keras dalam pekerjaan sebaliknya rasa lucu dengan kerja yang pernah dilakukannya  untuk mencapai kehidupan dan pekerjaan seperti hari ini.