Nampaknya, nama Kak Long 7E terus menjadi bualan ramai apabila tular video memaparkan dirinya melakonkan gaya tempang macam cacat seperti Orang Kelainan Upaya (OKU).
Terbaru, Polis Terengganu telah menyerahkan kes tersebut kepada polis Selangor. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata pihaknya sedia memberikan bantuan jika diperlukan.
Memetik laporan Harian Metro, beliau berkata siasatan berhubung kes itu diserahkan kepada polis Selangor memandangkan pihak berkenaan sudah membuka kertas siasatan.
Ia susulan laporan daripada seorang individu yang tidak puas hati dan berasa terhina dengan tindakan wanita terbabit membuat mimik muka seolah-olah memperlekehkan OKU.
“(Polis) Selangor sudah melakukan siasatan kes berkenaan, jadi biarlah Selangor (polis) yang siasat.
“Walaupun Terengganu menerima laporan berhubung kes berkenaan, kita tidak mahu ada pertindihan dalam siasatan, biarlah Selangor yang meneruskan siasatan, kalau perlu bantuan, kita akan bantu,” katanya.
Terdahulu, menerusi status dimuat naik di Facebook, Kak Long bersumpah serta menafikan dakwaan dia mempersendakan OKU serta memohon maaf jika ada pihak yang terasa dengan gurauannya itu.
SUMBER: Harian Metro