Didakwa Kerana Menyetubuhi Kambing, Lelaki Ini Tidak Mengaku Salah

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai berita dimana seorang lelaki didakwa melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina pada Julai lalu.

Terbaru, lelaki berusia 60 tahun itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu atas tuduhan tersebut.

Shaari Hasan membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii dengan haiwan itu di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Buaya, Rawang pada 1.30 tengah hari, 27 Julai lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Khadijah Amir Hamdzah yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan jaminan kerana ini adalah kes serius.

Bagaimanapun peguam tertuduh, memohon agar anak guamnya diikat jamin kerana anak guamnya hidup sebatang kara.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Dis untuk serahan dokumen serta sebutan semula kes.

Terdahulu, perbuatan warga emas itu menyebabkan haiwan berkenaan ditemui mati di kandangnya. Dia didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

SUMBER: MSN