Digilai Wanita Psiko, Kisah Skandal Shuk Sahar Patut Jadi Iktibar Kaum Lelaki

Bukan mudah untuk mencipta nama di industri tanah air ini. Walaupun Malaysia ini kecil namun setiap pendakian menuju kejayaan pastinya mempunyai liku-liku sendiri.

BACA: Shuk Sahar Usik Pasal Status Duda, Issey Balas Dengan Ayat ‘Makan Dalam’

Malah untuk melepasi setiap liku dan cabaran itu pastinya ada insan yang sanggup bersama-sama kita menempuh segala – sehinggalah kita benar-benar mampu mengecap rasa selesa.

Tapi bak kata ayat-ayat di internet, kesetiaan lelaki sebenarnya diuji ketika berada pada tahap senang. Bila sudah senang ini, biasalah. Mulalah ramai yang mula menempel dan mungkin ada yang datang dengan niat yang tidak berapa baik.

Salah satu kejadian yang mencuri perhatian Malaysia pastinya kisah rumah tangga Shuk Sahar yang sebelum ini kita tidak tahu pun apa yang terjadi sehinggalah isterinya sudah tidak tahan lagi.

Perkongsian demi perkongsian di laman sosial juga turut mengundang rasa geram netizen lebih-lebih lagi apabila melihatkan sisi sebenar skandal Shuk yang secara terang-terangan tidak menghormati isteri pelawak berkenaan.

Lebih mengeruhkan keadaan adalah apabila kisah mengenai kecurangan Shuk ini bagaikan tiada berkesudahan dan sentiasa bertambah dari hari ke hari. Hidup pula di zaman internet ini, semuanya akan kekal di laman carian.

Namun jika dilihat dari satu sudut lain, ini juga sebenarnya seperti satu iktibar untuk semua kaum lelaki yang bakal berkahwin dan juga yang sudah berkahwin.

Permainan cinta di belakang kekasih atau pun isteri ini pastinya amat menyeronokkan dan mendebarkan namun percayalah, tiada perkara jahat yang mampu bertahan lama.

Mungkin pada mulanya perkara ini terlihat penuh ghairah namun siapa sangka penyudahnya bila ada pihak yang tidak mahu mengalah dan bermati-matian ingin mendapatkan apa yang dirasakan adalah miliknya.

Bagi pihak suami yang bermain kayu tiga pula, risiko yang terjadi kepada Shuk ini adalah sesuatu yang sangat ingin dielakkan bila mempunyai hubungan di belakang isteri. Namun percayalah, kebenaran pasti akan terbongkar sendiri.

Lebih memeritkan untuk dilalui Shuk adalah kerana dirinya dikenali satu Malaysia dan isterinya juga tidak lepas daripada melalui setiap episod kecurangan suami apabila skandal Shuk turut berkongsikan gambar-gambar lama sebelum ini.

Semoga satu hari nanti, kisah kecurangan Shuk ini bakal berakhir. Bermula dari niat main cinta suka-suka namun kini sudah menggugat rezeki pencarian keluarga.

Sementara itu bagi lelaki lain di luar sana juga, ini adalah iktibar terbaik setiap kali terdetik di hati untuk curang. Bisikan keseronokan syaitan memang mengasyikkan pada mulanya namun selalunya menghancurkan di pengakhiran.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.