Dikecam Kafankan Anak Kucing Macam Manusia, Gadis Tampil Beri Penjelasan

0
4818

Sejak semalam tular di media sosial video oleh seorang gadis ‘mengebumikan’ anak kucing peliharaannya. Lebih sedih apabila seekor kucing sedang meratapi ‘pemergian’ anak kucing berwarna hitam itu.

Namun apa yang menjadi perhatian ramai apabila tindakan gadis itu mengundang kecaman apabila mengkafankan bangkai anak kucing tersebut seakan jenazah manusia.

Bagaimanapun, gadis bernama Aimi Syahida itu menjelaskan bahawa dia hanya manhu menunjukkan kasih sayang antara haiwan namun tidak sangka tindakannya itu dilihat dari sudut negatif.

https://twitter.com/itsamysy/status/1319452805631864837?

Menerusi video dikongsikan itu, gadis itu turut meluahkan rasa sedih melihat tindakan spontan kucing dewasa yang mencium-cium anak kusing berkenaan sejurus diletakkan di dalam lubang yang sudah disediakan.

“Anak kucing itu mati selepas 4 hari dilahirkan. Saya pun korek lubang di belakang rumah untuk menanamnya…bila saya kembali semula dengan membawa bangkai anak kucing untuk ditanam, ada seekor kucing betina dah tunggu di liang lahad,” katanya lagi.

Lebih sebak, Aimi berkata, kucing berkenaan bukanlah ibu kepada anak kucing tersebut namun mungkin teringat anak kucing yang ditanam itu sama seperti anaknya yang telah mati.

“Kucing itu sebenarnya bukan ibu kepada si anak kucing yang mati tu tapi ia adalah kucing jiran yang menumpang di rumah saya.

“Sebulan yang lalu, ia juga melahirkan anak tapi ketiga-tiga anaknya yang kesemuanya berwarna hitam, mati. Mungkin dia teringat apabila tengok anak kucing yang nak ditanam ni sama macam anaknya,” katanya.

Dalam pada itu, Aimi meluahkan rasa terkilan apabila niat baiknya dipertikai netizen. Jelasnya, dia hanya membalut dengan tisu bukan kain seperti yang didakwa.

“Tapi tak sangka pula, ada yang perhati benda lain…mereka pertikaikan pasal kafan anak kucing tu.

“Tapi saya nak jelaskan…itu bukan kain pun. Hanya sekeping tisu. Saya tak sampai hati nak letak macam tu saja jadi saya lapik dengan tisu. Tapi mungkin sebab nampak macam kafan, itu yang jadi perhatian,” ujarnya.

SUMBER: mStar