Dikritik Tampil Seksi, Netizen Tanya Kenapa Eyka Farhana Letak Tangan Dekat Dada

Sejak kebelakangan ini nama pelakon Eyka Farhana menjadi bualan ramai apabila tampil seksi sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Baru-baru ini, Eyka dilihat ada memuat naik video menghadiri sebuah acara memaparkan pelakon itu memakai gaun pendek paras peha berwarna biru yang dipadankan dengan sut hitam.

Seperti sudah dijangka, penampilan Eyka itu mengundang kritikan netizen yang kurang senang dengan imej seksi itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EYKA FARHANA ✨ (@eykafarhana)

Sementara itu diruangan komen, ada segelintir netizen menegur Eyka yang dilihat sentiasa meletakkan tangan seperti mahu menutupi bahagian dadanya.

Tidak kurang juga ada yang bertanya kenapa tangan pelakon dilihat dilihat diletakkan pada bahagian dada.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan Eyka nampak seperti tidak selesa apabila dilihat menutup bahagian dadanya dalam video tersebut.

Tidak kurang juga, ada yang mendoakan yang baik-baik buat pelakon itu agar dapat berubah ke arah lebih baik secara perlahan-lahan.