Dilengkapi Teknologi Pembersih Udara, Ini Harga Pelitup Muka Dipakai Oleh YB Tajuddin

Sejak dua hari lalu kecoh di media sosial mengenai kemalangan melibatkan dua tren LRT dimana ia merupakan kelangan buruk pertama selepas 23 tahun LRT beroperasi.

Difahamkan, insiden itu berlaku berikutan kecuaian pemandu yang membawa tren pada arah yang salah.

Susulan kejadian itu, Pengerusi Prasarana Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tampil ke lokasi kejadian serta memberi kenyataan menerusi satu sidang media.

Namun, dalam sidang media tersebut apa yang lebih menjadi perhatian netizen adalah pelitup muka yang dipakai oleh YB Tajuddin.

https://twitter.com/beruangwithme/status/1397057167048384517

Hasil carian netizen mendapati pelitup muka yang dipakai oleh YB Tajuddin itu dikatakan berharga RM1,699. Rata-rata netizen terkejut dengan harga pelitup muka berkenaan yang dikatakan sama seperti gaji bulanan mereka.

Bukan hanya pelitup muka biasa, ia turut hadir dengan teknologi pembersihan udara sekaligus memastikan pengguna menerima udara yang bersih.

Bagaimanapun, YB Tajuddin kini disiasat oleh pihak polis selepas didapati tidak memakai pelitup muka dalam sebuah sidang media.

Difahamkan, beliau akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.