Diminta Pakai Baju Warna Sama, Wanita Tabah Hadir Majlis Perkahwinan Suami

Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Namun, meskipun sudah bertahun bersama sudah pasti perkahwinan akan diuji.

Lebih memeritkan bagi wanita apabila diduakan oleh suami. Wanita mana yang sanggup untuk dimadukan. Bagaimanapun, ada yang reda dengan ketentuan Ilahi menerima wanita bergelar madu dalam hidup mereka.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna TikTok menggunakan nama @fiena_nasir yang memuat naik video momen dimana dia hadir ke majlis perkahwinan suaminya dengan wanita lain.

@fiena_nasir

Doakan semoga diberikan kekuatan…😊

♬ Aku Tahu – UNGU

Menerusi video tersebut, wanita itu turut menyertakan kapsyen dimana suaminya meminta untuk memakai baju warna sama pada majlis berkenaan.

Bagaimanapun, suaminya tidak bersangin kerana mahu menjaga hati isteri pertama. Dalam video itu, lelaki berkenaan turut merangkul Fiena ke pentas persandingan.

@fiena_nasir

Bukan prank. tak de masa Nak prank2..

♬ –

Wanita itu berkata dia tidak sangka akan dimadukan namun dia akan cuba menerima ujian tersebut.

Diruangan komen, wanita itu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata semangat kepadanya serta memohon doa agar diberikan kekuatan.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta wanita itu bersabar di atas ujian tersebut serta mengagumi ketabahannya.

SUMBER: TikTok Fiena Nasir