Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Sebut sahaja tentang bermadu, tidak semua wanita sanggup menjadi isteri kedua.
Namun, ada wanita yang bermadu hidup bahagia lebih-lebih lagi jika suami berlaku adil dan bertanggungjawab. Bagaimanapun, tidak bagi wanita ini.
Kisah ini diceritakan oleh seorang aktivis di mStar Online, pada awalnya wanita dikenali sebagai Maya ini bahagia apabila berkahwin dengan lelaki pilihannya yang merupakan suami orang.
Ujarnya, dia menyangkakan kehidupan Maya bahagia apabila sering melihat gambar-gambar yang dimuat naik bersama suami di media sosial kelihatan bahagia.
Bagaimanapun, Maya berkata gambar dan kapsyen berkenaan dimuat naik oleh suaminya, dikenali sebagai Amir.
Menurut aktivis berkenaan, Maya berkahwin dengan suami orang itu lebih setahun yang lalu. Ujarnya sebaik mendengar berita tersebut, dia mengakui agar keberatan namun Maya meyakinkannya bahawa perkahwinannya direstui isteri pertama.
Bagaimanapun, sebaik sahaja berkahwin Maya membuat keputusan drastik berpindah dan tinggal sebumbung dengan madunya. Ujar akvitis itu lagi, semenjak itu Maya jarang menghubunginya dan bertemu hanya beberapa kali sahaja.
“Maya yang dulunya seorang yang berkarisma itu meninggalkan kerjaya yang sangat diminatinya demi ketaatannya kepada seorang suami,” katanya.
Lebih mengejutkan, Maya memberitahu dia bukan sahaja sebumbung dengan madu, malah turut dipaksa suami untuk tidur sekatil dengan madunya. Tidak hanya setakat itu, Maya juga dilayan seperti pembantu rumah di rumah berkenaan.
Dek kerana sudah tidak tahan diperlakukan seperti itu, Maya menghubunginya untuk mendapatkan bantuan keluar daripada masalah tersebut.
SUMBER: mStar Online