Disamakan Dengan Pak Cik Botak Viral, Joe Flizzow Tak Kecil Hati

Sejak semalam, tular video di media sosial sekumpulan lelaki Melayu dipercayai melanggar dan menyamun pemandu kereta lain.

Menerusi video tersebut, empat supek berkenaan bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dan memukul serta menyamun mangsa. Difahamkan, tindakan beberapa suspek berkenaan sempat dirakam oleh seorang mangsa.

Susulan kes tersebut, seorang suspek berkepala botak viral apabila segelintir netizen mengatakan wajahnya seiras dengan rapper terkenal, Joe Flizzow serta menjadi bahan gurauan.

https://twitter.com/InjangNation/status/1383951985703997441

Sedar namanya diperkatakan, Joe Flizzow menerusi satu video tampil menegaskan bukan dirinya suspek kes samun menerusi video tular berkenaan.

Perkongsian Joe itu mendapat pelbagai reaksi daripada netien yang terhibur serta bergurau mengatakan tidak sangka rapper itu mempunyai kembar.

Difahamkan, keempat-empat suspek samun tersebut telah ditahan pihak polis semalam dan kes ini disiasat mengikut seksyen 394/427 Kanun Keseksaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, ujian awal saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.

SUMBER: Twitter