Ditahan Kerana Ingkar PKPB, Rupanya Gadis 16 Tahun Ini Jadi Mangsa Rogol Bapa Binatang

0
15979

Seorang bapa sepatutnya menjadi pemimpin dan pelindung keluarga terutama pada anak perempuan. Bagi anak perempuan hanya bapa mereka sahaja merupakan insan bernama lelaki yang boleh dipercayai dan menjadi pembela mereka.

Namun, tidak bagi lelaki berusia 42 tahun yang tergamak merogol anak kandungnya sendiri. Perbutan jijik lelaki itu terbongkar apabila seorang remaja 16 tahun ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata remaja itu membuat pengakuan tersebut kepada pihak polis selepas dia ditemui bersendirian di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.

Pihak polis berkata, mangsa melarikan diri daripada rumah untuk pulang ke pangkuan ibunya di Kuala Nerang, Kedah kerana tidak tahan dengan perbuatan bapa kandungnya.

Bapanya merogol mangsa setiap minggu kecuali jika datang bulan

Suspek itu dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sejak Februari lalu di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, Ampang. Bapanya merogol mangsa secara berterusan setiap minggu kecuali jika dia datang bulan.

Difahamkan, ibu dan bapanya telah bercerai pada 2004 sejurus dia dilahirkan. Pada September 2019, bapa kandungnya mendapat hak penjagaan dan membawa mangsa tinggal bersama isteri serta empat anak tiri di rumahnya.

“Mangsa adalah anak tunggal dan masih bersekolah di Ampang manakala suspek berkerja sebagai pengusaha perkhidmatan cuci pejabat.

“Siasatan lanjut turut mendapati pada September 2019, suspek mendapat hak penjagaan dan membawa mangsa untuk tinggal bersama di Bukit Antarabangsa.

“Rumah itu turut didiami ibu tiri dan empat adik tiri mangsa. Suspek dipercayai merogol remaja itu pada awal pagi ketika ahli keluarga lain sedang tidur,” katanya.

Mempunyai satu rekod kes rogol adik iparnya sendiri

Mohamad Farouk berkata, mangsa pernah mencuba untuk membunuh diri dengan minum cecair pencuci lantai pada Jun lalu, akibat tertekan dengan perbuatan bapanya itu.

Bukan itu sahaja, suspek juga turut mempunyai satu rekod kes rogol sumbang mahram membabitkan adik iparnya pada 2004.

Susulan itu, suspek direman selama tujuh hari bermula 2 hingga 6 November ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan kerana melakukan rogol secara sumbang mahram.

SUMBER: BH Online