Ditegur Tak Pakai Pelitup Muka, Tengku Puteri Jihan Jawab Dakwaan Netizen

Baru-baru ini tular satu perkongsian netizen di laman Twitter mendakwa anak bongsu Yang Di Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Netizen itu mendakwa Tengku Puteri Jihan Azizan ‘Athiyatullah tidak mematuhi SOP dan difahamkan kejadian itu berlaku baru-baru ini di Pusat Sains Negara (PSN).

Tenang menjawab dakwaan tersebut, Tengku Puteri Jihan menyatakan dakwaan itu tidak benar sama sekali. Jelas Puteri Jihan, beliau dan rombongan lawatannya semua memakai pelitup muka.

https://twitter.com/jihanabdullah27/status/1297765526257590272

Malah, Tengku Puteri Jihan turut memperbetulkan tanggapan netizen tersebut bahawa mereka tidak memakai beg tangan mewah Louis Vuitton ketika lawatan itu.

Difahamkan, perkongsian oleh netizen tersebut sudah pun dipadam dan akaun Twitter itu sudah diletakkan dalam mod peribadi (private).

https://twitter.com/jihanabdullah27/status/1297766231932452865

Meskipun penjelasan yang diberikan oleh puteri bongsu YDP Agong itu ringkas namun rata-rata netizen memuji sikap murni beliau yang masih mampu membalas dengan sopan serta menggunakan perkataan ‘minta maaf’ ketika menjawab dakwaan tersebut.

Malah, netizen turut mengkritik individu berkenaan yang bukan sahaja menuduh tanpa bukti tetapi turut menggunakan bahasa kesat. Kata netizen, dengan siapa pun kita bercakap perlukah menggunakan bahasa kesat.