Tidak dapat dinafikan, kehadiran pandemik ternyata banyak merubah banyak perkara lebih-lebih berkaitan dengan status kewangan seseorang.
BACA: Peristiwa Nabila Razali Terkucil Bukti Melayu Suka Tengok Bangsa Sendiri Jatuh?
Baru-baru ini, kecoh satu Malaysia apabila ada iklan judi menggunakan hari raya sebagai salah satu kolam untuk mereka menarik target market bangsa Melayu.
Namun harus diingat, sambutan raya itu penuh kesucian dan perbuatan menghubungkaitkan perjudian dan juga sambutan Aidilfitri ini sememangnya kurang ajar dan tidak sensitif dengan landasan agama Islam itu sendiri.
Lebih membuat netizen marah adalah apabila pelakon dalam muzik video yang tersebar itu juga adalah datang dari bangsa Melayu Islam sendiri.
Ini memberi simbolik pergadaian agama dan bangsa demi aktiviti perjudian. Biadap bukan bunyinya?
Tidak mahu terus dikecam selain mengakui kesalahan, salah seorang pelakon tampil ke hadapan melalui satu sesi interview bersama mStar.
Pelakon berkenaan menjelaskan bahawa mereka dimanipulasi dan hanya menyedari perkara berkenaan menjelang sekitar 70 peratus penggambaran apabila mereka perlu menyanyikan lirik yang terang-terangan menggambarkan isu judi.
Boleh tonton video di bawah untuk mengetahui situasi sebenar pelakon berkenaan.
Lebih kesal sebenarnya apabila pelakon mengakui tidak menerima sebarang kontrak dan meneruskan juga penggambaran sedangkan dia sendiri mengakui sudah lama menjadi talent – maka sepatutnya isu content video seharusnya sudah diketahui sebelum menerima tawaran tersebut.
Selain itu, pelakon berkenaan menyatakan bahawa mereka sedia memberi kerjasama kepada pihak polis selain menyatakan rasa menyesal dan bersalah dengan perkara tersebut.
Hendak tutup mulut orang memang susah namun apa yang terjadi ini sebenarnya adalah peringatan buat ramai orang di luar sana. Semoga agama kita menjadi pegangan utama dalam hidup.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.