Dituduh Guna Duit Adik Beli Kereta Mewah, Ini Jawapan Pedas Kakak Asif

Sebut saja nama Asif Suhaimi sememangnya ramai mengenali bakat YouTube itu yang sering muncul dalam drama spontan Syahmi Sazli.

Malah, Asif juga turut memenangi Anugerah Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 tahun lalu.

Bagaimanapun, beberapa hari ini timbul dakwaan tak sedap di dengar mengenai kakak kepada Asif iaitu Nurul Atina Suhaimi yang dituduh menggunakan duit remaja istimewa untuk membeli kereta mewah.

Hasil tinjauan, Atina menggunakan kereta mewah jenis BMW berwarna putih. Atina yang juga merupakan seorang usahawan tudung kesal dengan dakwaan netizen yang kononnya dia menumpang populariti adiknya.

Tidak berdiam diri, menerusi satu video di muat naik di aplikasi TikTok, Atina tampil menafikan dakwaan tersebut. Ujarnya lagi, individu yang menuduhnya tidak mengenali dirinya.

“Kakak dia ni tumpang populariti adik dia je. Kakak pakai kereta mewah makan duit adik dia tu.

“Wahai manusia kau sembang macam kau kenal aku, duit aku pun tak habis makan tiada makna aku tumpang duit adik aku,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tuduhan dilemparkan kepada kakak Asif itu serta meminta Atina tidak pedulikan kata-kata negatif tersebut. Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan mereka baru tahu Asif mempunyai seorang kakak.

SUMBER: mStar Online