Dituduh Letak Babi Dalam Mee Kari, OLDTOWN Sedia Ambil Tindakan

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila sebuah restoran berstatus halal yang mempunyai banyak cawangan serta popular di Malaysia didakwa menggunakan daging babi di dalam mee kari.

Malah, tular video TikTok mendakwa mee kari restoran tersebut menggunakan daging babi dalam masakannya. Dakwaan itu sekaligus membuatkan ramai terkejut apabila mengetahui restoran tersebut merupakan OLDTOWN White Coffee.

Bagaimanapun, segalanya terjawab apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bahagian hab halal memaklumkan pihak mereka hari ini telah mengunjungi cawangan OLDTOWN White Coffee berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut.

Hasil siasatan mengesahkan bahawa dakwaan yang tular melalui video berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

Menerusi kenyataan dibuat oleh pihak JAKIM, OLDTOWN White Coffee telah memuat naik satu kenyataan memaklumkan baahwa pihak mereka sudah mulai memegang Sijil Pergesahan Halal (SPHM) sejak dari tahun 2010 lagi.

OLDTOWN White Coffee turut memaklumkan dimana mereka sentiasa menggunakan bahan yang halal dalam penyediakan setiap makanan dan minuman.

Meskipun pihak JAKIM sudah pun membuat pengesahan bahawa OLDTOWN White Coffee menggunakan bahan yang halal, namun perkara itu masih lagi menjadi perbincangan hangat.

Dalam pada itu, pihak OLDTOWN White Coffee menggesa orang ramai hentikan perkongsian berita palsu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan palsu.