Dituduh Mandul Sebab Makan Timun, Netizen Puji Madammu Tetap Tenang Jawab Kecaman

Setiap pasangan yang berkahwin pasti impi dikurniakan cahaya mata sebagai pelengkap dan penyeri rumah tangga.

Ada yang cepat dikurniakan zuriat, namun ada yang perlu menunggu bertahun lamanya untuk menantikan kehadiran cahaya mata.

Sebut saja nama Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri pasti ramai mengenali usahawan kosmetik itu yang sememangnya cukup jelita.

Bagaimanapun, baru-baru ini Madammu menerima kecaman apabila ada yang menggelarnya mandul.

Malah, Madammu berkata menerusi DM Instagram, makcik bawang berkenaan turut menegurnya supaya jangan makan timun kerana kononnya sayuran itu punca sukar untuk mendapat zuriat.

Meskipun dihina sehingga digelar mandul, Madammu tetap tenang menjawab kecaman netizen itu serta sempat berseloroh apabila bercakap tentang pregnant fish.

Diruangan komen video dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, rata-rata netizen memuji cara Madammu berdepan kecaman serta ramai mendoakan agar usahawan segera dikurniakan zuriat.

Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga dengan duda anak tiga yang kematian isteri iaitu Muhammad Azri Che Noh ketika berusia 25 tahun.

SUMBER: TikTok & Kisah Dunia