“Doakan Kita Boleh Balik Kampung Raya Tahun Ini”

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Yaakob berkata sekiranya trend penurunan kes harian COVID-19 berterusan, kemungkinan rentas negeri dibenarkan dan rakyat boleh pulang beraya di kampung, tahun ini.

“Tahun lepas atas nasihat KKM, kita tak balik raya. Saya juga orang kampung, mesti nak balik kampung, ia dah jadi rutin, bila tak dapat balik kampung, saya juga kecewa.

“Tetapi dengan kes yang semakin menurun dan R-Naught yang juga menurun sehingga 0.88 setakat ini, KKM akan menilai, jadi kita doakan raya tahun ini boleh balik kampung,” katanya.

Tegas Ismail Sabri, keputusan untuk membuka sempadan negeri perlu dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya kerana sebelum ini apabila rentas negeri dibenarkan, kes akibat kluster balik kampung meningkat.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata mulai malam ini tiada lagi sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah kerana pergerakan rentas daerah telah dibenarkan mulai esok manakala SJR di sempadan negeri dikekalkan.

SUMBER: Astro Awani